Rawatan Alternatif 
                   
   T
anpa PembedahanEfektif & Berkesan            

 

 

 


 Sila sms setelah buat bayaran
   
013-216-3434

 
My Id : doctorawie@yahoo.com









My id: doctorawie@yahoo.com

Sila Klik Secret of water

 Sila Klik Message from water

Sila Klik Gangguan Jin


 

Produk CVT -Pastikan anda membuat bayaran kedalam nombor akaun yg betul - Maybank-

  maybank.jpg
Bank : Maybank Saving a/c 

Nama: Rokiah Bte Salleh
No Akaun  : 1621 7956 1319
Setelah membuat bayaran ::
Sms Hotline : 013 -216-3434  
 
 

Warna Alam dari Pagi - Malam

12tgh malam 1am = Putih (NW1, NW 2) 

1am 2am = Merah Jambu (NW3)

2am 4am = Ultra Ungu(UV) (NW4)

4am 6am = Ungu kebiruan(Indigo)
 (NW5, NW6, NW7, NW8)

Dari 6am 7am = Biru (NW9)

Dari 7am 7.30am =
Infra Merah/Merah/Oren/Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)

7.30am 11am = Hijau (NW10, NW11)

11am 3pm =  Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15)

 3pm 5pm = Oren (NW16, NW17)

5pm 7pm = Merah (NW18, NW19)

7pm 7.30pm =
Infra Merah/Merah/Oren/Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)

8pm 12tgh mlm = Kegelapan
(NW5, NW6, NW7, NW8) ...................

Psychology

Green = Supports balance, Harmony, Love, Communication, Social, Nature, Acceptance 

 Blue-Indigo = Increases Calmness, Peace, Love, Honesty, Kindness, Truth, Inner Peace, Emotional Depth, Devotion.

Violet stimulates Intuition, Imagination, Universal Flow, Meditation, Artistic Qualities

 Red = increases Phisical Energy, Vitality, Stamina, Grounding, Spontaneity, Stablity, Passion

Orange = stimulates Creativity, Productivity, Pleasure, Optimism, Enthusiasm, Emotional Expression

Yellow = increases fun, Humor, Lightness, Personal Power, Intellect, Logic, Creativity

Please click here to know about the hypothalamus


 013-216 3434

 

Tips untuk pelajar?
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Gunakan E-Quotient untuk menjadikan anda seorang yang pengingat dan bijaksana.  Buy Now!!

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?  

Jangan cari alasan.   Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca.  Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.  Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.  Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.. 

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.   Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.  Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.  Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.  Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.  Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta.  Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.  Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.  Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

 

 

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.  Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta.  Baik, sekarang  mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?  Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.  Sekali lagi jangan terburu-buru.  Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan.  Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.  Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.  Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.   Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.  Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

  • Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
  • Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
  • Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
  • Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan.  Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.  Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Elakkan dari tidur petang.  Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.  Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.  Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain.   Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain.  Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.   Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.  Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan.  Galakkan mereka bertanya kepada anda.  Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

 

 

 

Petua Memberikan Tumpuan Dalam Kelas
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D  

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

  • Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut.  Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
  • Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.  
  • Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
  • Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
  • Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
  • Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
  • Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
  • Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
  • Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. 
  • Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

 Tips untuk kekal ingat!! Segera   menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.

 

 

 

 


 
.
 

 

   

 Terms and Conditions of Use  |  Privacy Policy and Agreement

Copyrights © 1998-2005 harmonisers.net 
Colour Vibration Therapy Sdn Bhd. (457322-V)