engenali
warna diri, sebenarnya anda juga mula mengenali personaliti diri anda
yang sebenar.
Perhatikan
dengan mata hati dan minda yang terbuka tentang warna dalam pengertian
penyakit. Adakah anda dinaungi oleh perisai atau benteng berwarna
putih, merah jambu, hijau atau biru.
Ragam,
tingkahlaku, perangai, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan
dan tindak-tanduk anda berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya
ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran
tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang
dilaluinya.
Pemakaian
warna-warna kelemahan ini akan menambah pendamkan getaran warna
dalaman samada berlebihan atau berkurangan yang menjadikan symptom
atau gangguan itu menjadi lebih tinggi atau rendah mengikut kadar
kelemahan diri.
Contohnya,
sesaorang wanita yang gemar memakai pakaian berwarna oren biasanya
mengalami gangguan dibahagian organ peranakan (ovari) dan seseorang
yang gemar memakai warna merah biasanya sedang mengalami kesakitan
atau gangguan dibahagian fizikal iaitu tangan atau kakinya.