Samada kita sedari atau
tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang
melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini
berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga
elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi
diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta
dan gamma.
Gambar Aura
- Perisai Diri
Terdapat
4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap
orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal
dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya.
Daripada
warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu dapat
dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit
spiritual, mental, emosi dan fizikal maka gambar auranya hanya
akan menunjukkan satu warna sahaja.
Melalui
gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota sesaorang itu dapat
dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan
hal keadaan organ-organ dalaman kita.
Bagi
sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam
tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna
yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam gambar di sebelah
ini.
Anda
boleh mengambil gambar aura untuk diri anda di kedai kristal.