Sistem
organ atau fisiologi dalam tubuh manusia akan terganggu fungsinya
sekiranya ia mengalami keresahan (gangguan emosi) yang berterusan.
Sebenarnya keresahan mengujudkan keracunan atau bebanan toksin kepada
sistem limfatik dan sistem saraf.
Ini
bermaksud bahawa tenaga hanya boleh bekerja pada tahap yang harmoni
melalui tarikan elektromagnet di dalam darah.
Ini
bermakna walaupun penyakit dianggap sebagai takdir, tetapi sebenarnya
manusia itu sendiri yang mencipta penyakit kerana membiarkan jiwanya
dilanda keresahan dan bebanan emosi secara berterusan.
Alasannya
ialah keresahan adalah tabiat dan kelakuan yang sebenarnya dapat
dikawal oleh otak. Umpamanya, semangat jiwa mengganggu perasaan.
Perasaan atau emosi pula akan mengganggu mental dan fikiran. Fikiran
inlah yang akan membawa kepada keresahan.
Keresahan
ini pula akan mengganggu sistem fisiologi tubuh badan yang lama-kelamaan
akan menyumbangkan kepada penyakit.
Penyembuhan
datang dari dalam tubuh manusia itu sendiri, tetapi hukum alam tidak
menafikan bahawa kita perlu ketepatan dalam mencari penawar. Ketepatan
itu sebenarnya ialah tenaga dalam bentuk getaran warna yang ada di
dalam tumbuh-tumbuhan yang sebenarnya ialah zat tenaga cahaya matahari
yang beredar di persekitaran tubuh (aura) sebagai pengimbang aliran
tenaga melalui berbagai sistem deria sesaorang.