Terdapat 4 aras diri hakiki
pada manusia, Spiritual, Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang
hanya memiliki satu aras diri yang hakiki. Aras diri hakiki secara
umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya.
Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenalpasti kekuatan,
kelebihan
diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa
hadapan. Selain dari itu ia dapat membantu untuk mengekploitasi
kelebihan pada diri kita dan mengelakan penyakit yang mungkin kita alami.
Perlu dijelaskan disini bahawa penyakit yang
dialami adalah berpunca daripada kelemahan atau kegagalan fungsi
sesuatu organ dalam tubuh. Mengawal kesihatan kesemua organ dalam
tubuh secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti
penyakit.
Ringkasan
maksud/makna istilah;
Kelebihan - adalah kelebihan atau kekuatan yang ujud
secara semulajadi dalam diri
Kelemahan - adalah kelemahan
/penyakit yang sedang
dialami atau akan dialami pada masa hadapan sekiranya
sifat-sifat negatif dan kelmahan pada organ tidak dikawal
Sifat
(personaliti) positif - sifat semulajadi yang
diwarisi pada diri dan perlu dibentuk. Elok diekspoitasi.
Sifat
(personaliti) negatif - sifat semulajadi yang
diwarisi dan perlu di usahakan supaya hilang dari diri.
Ini perlu kerana sifat negatif ini adalah menjadi punca
bermulanya penyakit pada diri. Penyakit akan bermula dari
tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor. Sekiranya
tidak dirawat pada tahap minor, maka penyakit akan menjadi
major (kronik) dan akan memakan masa yang agak lama untuk
penyembuhan.
Ringkasan aras diri seperti
kelebihan, kelemahan,
personaliti positif dan negatif dan simptom awal penyakit boleh
didapati pada jadual berikut (sila klik pada aras
yang berkenaan)