Prinsip
dalam sains fizik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan
tetapi boleh bertukar bentuk. Badan manusia ialah satu bentuk tenaga.
Tenaga dibahagian otak adalah yang paling kompleks.
Manusia
dan tahap getaran
Setiap
orang mempunyai getaran tahap tenaga yang tersendiri yang
berkemungkinan tinggi atau rendah. Setiap orang dapat mengawal tahap
getarannya menyamai tenaga getaran sesaorang yang lain agar mencapai
kejayaan dalam berkomunikasi. Pemikiran yang positif adalah tinggi
tahap getarannya dan begitulah sebaliknya.
Penyakit
dan tenaga
Penyakit
melambangkan keadaan tenaga getaran yang rendah. Kuman, bakteria,
toksin atau apa saja benda asid dalam badan manusia adalah dianggap
bentuk tenaga yang berbeza frekuensinya. Kelemahan pada organ yang
terlibat tidak akan dapat meneutralkan frekuensi asing ini dan
akibatnya, tenaga asing ini yang dikenali sebagai asid bercas negatif
akan mengambil tempat cas positif. Kesan daripada ini sesaorang itu
akan mengalami migrain, keresahan dan sebagainya.
Sebagai
contoh, jika hati kita dijangkiti kuman atau dibebani dengan toksin,
ini bermakna frekuensi getaran warna sel di organ hati tersebut telah
tidak seimbang. Oleh itu getaran warna dengan frekuensi yang tepat
sebagai pengimbang diperlukanserta-merta bagi menghindari bahan asing
yang tidak sepatutnya berada di dalam organ hati tersebut.
Formula
Colour Vibration Therapy bergetar atas frekuensi warna yang menyamai
frekuensi warna dalam tubuh/organ manusia untuk membentuk keseimbangan
secara serta-merta pada bahagian-bahagian tubuh yang mengalami
kelemahan (kesakitan).