Pengenalan
Colour
Vibration Therapy membongkar rahsia penyakit dengan
keajaiban alam melalui tanda-tanda warna.
Setiap
penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi.
Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami
ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia
yang perlu diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau
penawar telah sedia wujud dalam tubuh anda? Rahsia penawar
sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang
anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan/ amalan).
Itulah racun dan itulah juga penawarnya.
Colour
Vibaration Therapy Mengajak Anda Berfikir
Penyelidikan
dan kajian telah menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan
kimia, juga telah melibatkan petua-petua tradisional dan
para pengkaji Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya melibatkan
pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan
yang cuba dikaitkan dengan rahsia roh dalam pelbagai rupa
bentuk tenaga, ia tetap mengikut hukum tabii alam yang
amat teratur, tepat dan tidak ingkar walaupun sesaat.
Inilah sebenarnya konsep cahaya atau rahsia warna yang
akan mengikut hukum yang telah ditetapkan.
Penyakit
juga merupakan salah satu bentuk tenaga mengikut falsafah
CVT. Walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus,
fungus (kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah
satu bentuk tenaga. Oleh itu CVT percaya tenaga yang
dikenali sebagai penyakit itu boleh diubah bentuk atau
dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada
kedudukan atau tempat yang telah ditetapkan..
Penyelidikan
dan kajian Colour Vibration Therapy akhirnya membongkar
rahsia kebesaran air. Kajian asas secara perubatan Terapi
Getaran Warna (CVT) ini telah membongkar banyak
rahsia-rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam.
Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat dengan
unsur-unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah
bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan
kejadian manusia.
Keempat-empat
unsur ini dari istilah sains kimia dikenali Nitrogen,
Oksigen, Hidrogen dan Karbon manakala dari istilah
fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan
magnet. CVT telah mengkaji empat unsur tadi tentang
kedudukannya daripada cakerawala sehingga bumi dari
perspektif kimia dan fizik yang tiada batasannya.
Jika
berlaku sesuatu pencerobohan maka berlakulah juga
iktibarnya iaitu bencana atau penyakit samada kepada alam
mahupun kepada manusia.
Aura
Atau Warna-Warna Kehidupan Ada di Mana-mana
Aura atau pun digelar juga sebagai gelombang
elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam
warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam
cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran
tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Aura
berbentuk seperti telur raksasa. Aura adalah sebuah medan
`energy’ atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza
energi atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang
berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu
tahu tugas masing-masing. Organ hanya satu alat yang
membentuk seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya.
Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup)
sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh
kelajuan cahaya pelbagai warna dengen frekuensi tertentu.
Air,
Air Sejuk dan Ais
Air
merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang
hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut
sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu
pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik
dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku
disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka
di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting
dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia
sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil
dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga
akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar
serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh.
Air,
udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif
atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka
manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat
digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia
memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur
mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin
sebagai tenaga luaran.
Fakta
Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah
sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam
pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang
lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini
dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111%
ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan
dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu
71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%.
Ini
membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita
adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting
dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat
penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan
diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak
(panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian
dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran
yang menguntungkan.
Air
mengimbangi kawanan tekanan rendah
Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang
yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung
kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi
lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka
air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan
tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di
dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas,
bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah
seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini
berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah
kemerosotan nilai kehidupan.
Daya
hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan
medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut
bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang
hiasan, warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga
mempengaruhi keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi
panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah
akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat
tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang
ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang
persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang
memegang kunci tersebut.
Kemulian
Air Pada Pandangan Islam
Air
juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita.
Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada
air. Air akan taat kepada perintah manusia yang
sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar
Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air
sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’.
Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang
bertindak mengikut niat kita.
Air
dan niat
Air
sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak
mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang
elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui
niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia
bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri
manusia.
Angin
dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut
niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara
saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada
Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia
Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat
melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang
juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air
zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat
niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat
gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar
tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air
daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi
mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat.
Rahsia
kehebatan air sembahyang
Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil
air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang
sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh
yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan
merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya
mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan
jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’
dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita
daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu
memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah
yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan
tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat
ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan
mandi.
Konsep
Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan
Fakta
Saintifik
Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai
bentuk gelombang di sekeliling kita sama ada yang baik
atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib
atau ‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata
kasar kita. Kita perlu mencuci aura tubuh supaya tidak
dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran
tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan
oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan
pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan
sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara
tidak langsung menyebabkan merosotnya kandungan air atau
Hidrogen yang turut mencemarkan aura kita dari dalam tubuh.
Air
Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor
Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik
dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik,
gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya
boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui
oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat
pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu dikawal.
Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang
amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman
sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental.
Air
dan Keabadian Tenaga
Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh
dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau
gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa
pemutus yang baik. Walaubagaimanapun gelombang-gelombang
ini tetap akan bertemu atau bersambung semula.
"Kerja-kerja
pembersihan aura atau gelombang ini perlu dilakukan secara
konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wudhu’
sebanyak lima kali sehari".
Kita
mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup
yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau
amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada
semua tahap spiritual, emosi dan mental.
Di
zaman teknologi ilmiah, kini Aroma Therapy dengan komponen
air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan
semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh
sehingga ke tahap gangguan spiritual.
Penggunaan
di waktu malam berkesan
Aroma
Therapy Vibration amat berkesan digunakan apabila pesakit
menggunakannya di waktu malam dan amat menakjubkan
kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari
cahaya. Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta
Aroma Therapy sebagai penghantar isyarat getaran dengan
kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu
menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah
gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut
susunan warna pelangi di dalam tubuh kita.
Mengapa
Anda Harus Menggunakan Aroma Therapy Vibration?
Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta
keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan
dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga.
Teknologi
tinggi Colour Vibration Therapy berupaya meniru, menyerap,
merakam dan memerangkap getaran gelombang berfrekuensi
tinggi dan laju ke dalam pati Aroma Therapy Vibration.
Mandian
ais suatu kehebatan
Mandian
ais dengan Aroma Therapy Vibration akan meningkatkan
jumlah Oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas
lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa
air sejuk (air dan ais) serta Seri Wajah bertindak sebagai
peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat
gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh.
Air
yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan
penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang
harus diingat iaitu air yang mengalir dan jernih juga
mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi
sinar cantik pada aura anda. Mandi bagi orang yang demam
akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair
atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan
Oksigen.
Bulu
Roma sebagai deria yang tercanggih bagi mengesan isyarat
gelombang dalam wap-wap air
Deria atau antena yang mempunyai cas-cas neutron bertindak
sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran
gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu
roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan
telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk
kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera
yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang
menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam.
Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika
kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air
mandian. Ais dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya
dan melepaskannya semula ke bahagian luar tubuh kita.
Air
yang ditambah tenaga sebagai kuasa pemangkinan di dalam
Aroma Therapy Vibration
Manusia memiliki 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia
boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai
reaktor nuklear yang hebat. Aroma Therapy Vibration
dirumus secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal
pemercepatan pemangkinan’ bagi mengekplotasi kehbatan
ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri
wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan
melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan
elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan aura
serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau
melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu.
Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais
amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam
sistem tubuh kita.
Mandian
yang kerap dan konsisten selama tujuh hari dengan
menggunakan Aroma Therapy Vibration akan mengubah
spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih
menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami
perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga ,
mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang,
ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan
kesihataaan yang mengelirukan.
Mandian
air yang ditambah dengan Aroma Therapy Vibration serta ais
dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jika
selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada
kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan
usus dikenalplasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan
kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan
kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapy berupaya
merangsang kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma
melalui konsep media (Hidroterapi) menuju ke sasaran
mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar pineal dan
ini akan meningkatkan paras melatonin.
AIR
DAN KEAJAIBAN MELATONIN
Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang
mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk
mementang segala jenis alahan.
Penggunaan
Aroma Therapy Vibration akan mencuci aura-aura yang buruk
di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai
halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang
yang merugikan. Colour Vibration Therapy mengenalpasti
bahawa 75% penyakit sebenarnya bermula daripada
gangguan kerohanian.
Ramai
yang menggunakan Aroma Therapy Vibration untuk mendapatkan
kesan Teraupatik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan
yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa,
putus-asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah,
gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya.
|