Setiap
pengantin harus kelihatan berseri. Mungkin sebab itulah para tetamu ingin
menatap wajah pengantin untuk melihat betapa ‘berserinya’ dia. Jika tidak,
mereka akan menyangka yang bukan-bukan – warna baju tidak sesuailah, gaya
solekan tidak menyerlah wajah atau mak andam tidak pandai…….
Anda sendiri
boleh berusaha untuk kelihatan berseri. Satu keadah terkini yang boleh anda cuba
di rumah ialah set Seri Wajah, rumusan ciptaan Dr. Norhisham Wahab dari Colour
Vibration Therapy. Amalan Seri Wajah dikatakan sungguh mudah diikuti dan
berkesan menyerlahkan penampilan si pengamal.
Set ini
mengandungi sebotol pencuci muka dan sebotol minyak aromatherapy. Selepa mencuci
muka dengan pencuci tea tree , campurkan satu titis minyak aromatherapy kedalam
semangkuk air yang telah diletak seketul ais supaya sejuk. Sapu pada seluruh
muka, anda dapat cium baunya yang harum. Anda pasti berasa ceria.
Kini anda tidak
perlu lagi mencari dan memetik bunga-bunga tertentu pada bulan mengambang supaya
lebih berkesan. Yang seronoknya anda boleh melakukan mandi bunga pada bila-bila
masa! Namun waktu malam didapati lebih berkesan kerana kulit menjadi deria
paling penting ketika ini untuk proses membaik pulih menerusi bulu roma sebagai
penerima rangsangannya. Menurut Dr. Norhisham terdapat satu medan getaran tinggi
dipanggil cahaya dalaman bagi membongkar rahsia ‘ warna dalaman’. Inilah
seri anda.
Set Seri Wajah
dirumus secara saintifik di dalam makmal untuk merangkap getaran tenaga bunga
waktu bulan mengambang, kata Dr. Norhisham. Ia kemudian diuji secara dermatologi,
dengan tahap risiko yang amat kecil. Bahan pelembab pengandungi liposome yang
menyerap jauh kedalam lapisan-lapisan kulit atas. Ia mampu merangsang vitamin
dan asid amino bagi melembap, melindungi dan membaharui kulit secara maksimum.
Ia mengandungi 1,001 kegunaan bagi mereka yang tahu rahsia di sebalik misteri
gelombang tenaga getaran bunga-bungaan.
Seri Wajah
mampu merangsang hormon kecantikan yang terpendam dalam bahagian kesuburan
wanita dan lelaki. Rahsia kegelapan malam dengan sinar UV bertindak merangsang
hormon melalui sel-sel kulit muka semasa tidur. Tenaga getaran bunga-bungaan
yang diberi rangsangan yang sama frekuensi dengan sistem otak mencapai tahap
hormonis bagi sistem tubuh berfungsi ke paras optimum.