'Kebahagian Seksual
Penawar Segala Penyakit' - Dr Norhisham Oleh Zainora Zakaria
Perasaan kasih sayang adalah satu
anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan
kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan
seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga
suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal,
mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal
perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration Therapy).
Kepuasan seks yang dinikmati oleh
setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu
menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan
penampilan serta rahsia awet muda.
Ketidakpuasan dalam hubungan seksual
mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan,
kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara
tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan
sesebuah rumah tangga.
Dari sudut psikologi, anak yang lahir
hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan
mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.
Justeru itu hubungan seksual antara
suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan
bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
"Jika salah saorang mempunyai
masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks
dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian
rumah tangga yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.
Selain suami yang banyak memainkan
peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan
kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak,
isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan
yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.
"Hubungan seks adalah kepuasan
yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah
bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks
menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta
menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi yang
berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu
peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.
> Tubuh sihat dengan melakukan
seks.
Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks
dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara
untuk melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat bermacam 'racun'
yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita
atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin
mencapai klimaks. Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah
membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja
selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa
tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan
bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa
penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas
Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan
seksual seseorang.
> Alga Love Oil memberi nafas baru
kepada isteri, buat suami tersenyum selalu.
Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor
pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem
seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan
seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya
berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.
Kahadiran Alga Love Oil dengan ekstraks
asli 100% alga (sejenis rumpai dasar laut yang dipertenagakan denga rakaman
gelombang infrasonik - menyamai gelombang di bahagian kelenjar pineal dalam otak)
dapat membantu memulihkan dan meningkatkan kepekaan sel-sel saraf di bahagian
alat kelamin supaya tidak merosot dengan peningkatan usia.
Produk yang berkonsepkan kesihatan
melalui seksual ini adalah yang pertama di Dunia seumpamanya dan bakal menjadi
pilihan utama pengguna di Malaysia untuk meningkatkan sistem immuniti, mengatasi
tekanan emosi, haid tidak menentu, senggugut, keputihan, kelesuan, tekanan darah
tidak normal, imsonia, memlihara rambut dan sebagainya. Ia juga berupaya
membantu membaikpulih hormon kesuburan bagi membantu pasangan yang masih tidak
mempunyai anak atau anak yang lahir selalu mengalami kecacatan.
Inilah hakikat kesuburan pada wanita.
Adalah tidak wajar untuk terus mempersalahkan lelaki kerana kromosom XY yang
dimilikinya hanya untuk menentukan jenis jantina bayi.
Selagi formula rawatan kesuburan hormon
tiruan yang anda amalkan tidak dapat merangsang sistem kelenjar pineal, maka
selagi itulah anda tetap tidak berjaya untuk tujuan tersebut.
Kelenjar pineal adalah terletaknya
rahsia mahkota kesuburan pada wanita. Formula ciptaan terbaru ini dengan
teknologi tercanggih merakam gelombang spiritual bunga-bungaan dapat merangsang
kelenjar pineal.