Roziah Mohamad,
33, sibuk menghidang sarapan. Suaminya yang sedang tekun membaca akhbar
tiba-tiba mengeluh.
"Kenapa bang? Apa yang tak kena?" tanya Rozi.
"Awak tuuu…..ah tak apalah!" Aman tidak
jadi meneruskan kata-katanya.
Selepas menghirup seteguk dua kopi, suami Rozi bergegas
ke tempat kerja. Tinggal Rozi terkonteng-konteng. Terpinga-pinga dia
mencari punca keluhan suaminya.
"Ah biarlah……nanti aku tahu juga," Rozi
bangun meninggalkan meja makan.
Dengan langkah yang malas Rozi naik ke biliknya. Dia
bersiap-siap ke studio kerana ada latihan menari.
"Aduuuhhhh…..malasnya nak pergi," keluh
Rozi yang sedikit kesal kerana menerima tawran itu daripada rakannya.
Tambah-tambah apabila terpandang anak kelima yang masih bayi.
"Ma! Maa…..! Bangun," dia terdengar
sayup-sayup suara anak-anaknya. Rozi mengeliat, kelopak mata seperti digam,
susah untuk dibuka.
Agak lama baru dia nampak, Aman rupanya, sedang duduk
di birai katil. Tanpa sepatah kata dia membalikkan badan, mahu menyambung
tidurnya semula.
"Kenapa ni? Dah pukul 7.00 malam berlingkar macam
sawa kenyang," separuh memekik suara suaminya memecah kesunyian. Kemudian
terdengar Aman merungut-rungut seperti keli di bawah banir. Luar biasa
rungutannya, lalu Rozi teringat keluhan suaminya pagi tadi.
"Entahlah bang! Anak dah ramai agaknya, taklah
lagi macam dulu," jelas Rozi dengan niat bergurau.
"Kalau banyak anak sekalipun, takkan nak biar saja.
Awak tak sedar diri tu semakin kecut……" herdik Aman.
Tersentak Rozi. Belum pernah suaminya berkelakuan
begitu selama ini. Lalu airmatanya mengalir deras. Melihat keadaan itu, Aman
terus keluar bilik.
Rozi bungkam. Perlahanplahan dia muhasabah dirinya. Dia
sedar 'keinginan' nya bersama Aman menurun selepas bersalin anak kelimanya.
Dia juga sedar, berat badannya tak menentu sehingga
terjejas badan menggiur yang dimilikinya. Malah sejak akhir-akhir ini Rozi
menghadapi masalah kencing, diserang senggugut dan macam-macam lagi. Semua
keadaan itu mendorongnaya menjadi pasif terhadap suami.
"Jom akak kenalkan dengan Dr. Norhisham. Dia ada
keadah rawatan untuk orang perempuan," ajak Zanariah, rakannya yang telah
begitu lama mengamalkan rawatan terapi alga.
"Boleh juga, saya dah jemu dengan bermacam-macam
vitamin, jamu dan krim tradisional," keluh Rozi.
Keesokannya, Rozi ke klinik Dr. Norhisham. Perbincangan
selama hampir satu jam mengukuhkan keyakinan Rozi untuk mencuba minyak alga
hasil usaha doktor itu.
Malam itu selepas mandi, Rozi menuangkan setitik minyak
alga di hujung jari telunjuknya lalu disapukan, ditempat yang diajarkan.
Kemudian setitik lagi diletakkan di bawah lidah.
Setelah tiga tahun mengamalkannya, Rozi dapat semula
bentuk bdan seperti yang diinginkan, malah, kata suaminya lebih menggiurkan.
Soal keinginan tidak perlu dipertikaikan, setiap malam
baginya adalah malam pertama. Minyak yang sepatutnya disapukan di bahagian 'itu'
juga digunakan mengurut payu daranya.
Kini walaupun mempunyai tujuh orang cahaya mata, bentuk
badan Rozi masih montok. Dan paling utama dia kembali 'dara' setiap kali lepas
bersalin.
Menurut Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Alga Natural
Therapy masalah yang dialami olehy Rozi bukan sekadar hilang keinginan tapi
banyak lagi, semuanya berkait rapat dengan seks.
"Segala penyakit wanita seperti kanser rahim, payu
dara, migrain, gastrik dan pelupa ada kaitan dengan masalah kesuburan.
Bila sebut kesuburan ia mesti ada kaitan dengan seksual.
Keadaan itu menganggu keseimbangan hormon melatonin yang mengawal perasaan kasih
sayang, cinta, keseronokan dan keinginan seksual," kata Dr. Norhisham yang
menemui satu keadah merawat penyakit melalui kegiatan seksual dengan hanya
menggunakan alga - sejenis rumpai laut.
Tambah Dr. Norhisham lagi, mungkin ramai yang tidak
percaya rawatan kepada penyakit wanita adalah berpunca daripada alat kelaminnya.
Manakala untuk merawatnya juga perlu dimulakan di situ kerana wanita mempunyai
tujuh kali ganda deria rangsangan seks berbanding lelaki.
"Hormon melatonin yang mengawal keinginan,
keseronokan, kegembiraan, kasih sayang dan berahi akan aktif jika dirangsang.
Hanya dengan menyapu minyak alga, rangsangan akan sampai ke otak yang akan
menyeimbangkan hormon.
"Bagi yang tiada masalah, minyak alga ini boleh
digunakan sebagai antiseptik untuk membersih dan menghilangkan bau, menghalang
jangkitan kulat serta kegatalan," kata Dr. Norhisham.
Dr. Norhisham menambah, gabungan ekstrak alga yang
diperolehi di perairan Perancis, Shousma (habatussauda) dan kama sutra sejenis
herba dari India adalah rahsia mengembalikan kebahagian rumah tangga.
"Alga adalah makanan kesihatan yang bukan saja
untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga, mengetatkan yang longgar, tapi
juga dijadikan ubat seperti kaser rahim, payu dara, keputihan, senggugut,
melangsingkan badan, awet muda dan membentuk kembali pinggul dan payu dara.
"Ia lebih daripada kacip Fatimah, manjakani atau
akar kayu kerana khasiatnya boleh dikongsi bersama suami. Tapi jika suami yang
memakainya, isteri tak dapat nikmat tersebut. Sebab itulah saya syorkan
perempuan saja yang ambil.
"Malah alga lebih hebat dari itu, kesannya segera.
Hari ini pakai, esok sudah dapat dirasai perubahannya, kalau yang longgar akan
kembali tegang, yang dingin akan hangat semula," kata Dr. Norhisham ketawa.
Rumpai itu juga mengecutkan rahim dengan cepat,
membetulkan metabolisme dan paling penting menghangatkan kembali hubungan suami
isteri.
Dr. Norhisham turut mengingatkan wanita agar menjauhi
makanan masam, jeruk, limau dan mengambil terlalu banyak vitamin C.
"Makanan tersebut membunuh keinginan seksual.
Vitamin C memang bagus untuk kulit tapi ia tak sesuai untuk cuaca panas seperti
Malaysia. Ia menjejaskan kehidupan rumah tangga seorang wanita," kata Dr.
Norhisham
[Maklumat
lanjut ALGA Shoushma]