|
Artikel
Dewan Komik - No. 3
Jun 2001
Rahsia Garam Laut Mati
Oleh Dr Norhisham Wahab
Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah
garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai.
Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain. Dari segi
sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing,
tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau
bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai
tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit
yang sedia ada. Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti
garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan
terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat
meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai
fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua
menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan
perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah
lama tidak diduduki.
Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam
frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada
bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi S.W dan orang-orang tua
mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk
memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi.
Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut
meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan
daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang
berlebihan.
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang
bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya
semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap.
Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu
keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula
mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
Perakam Tenaga Bunyi
Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat
berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada
fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi
dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam
dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keraacunan yang menyebabkan
pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat
berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga
bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.
Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga
adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin
atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau
meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat
penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat
diterima semula untuk menyuburkan tanah.
Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya
adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia
akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah.
Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan
akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda
yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais
dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang
kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam
dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang
halus serta tulang yang kuat.
Perut yang berasid akan membuatkan sistem
otot, tulang dan
saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas,
sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu
tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan
fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.
Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi
mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan
mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian
dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas
permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada
kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara
biasa.
Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan
kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh
atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak
dialirkan daengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia
semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati
bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak
membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi
mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman,
walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam
julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.
Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan
asid dan gas di dalam badanya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian
perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek
atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan
mengeluarkan gas lengai.
Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau
keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan
merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan
yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid
amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem
pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin
tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan
akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan
menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.
Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan
daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan
vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan
bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor
kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada
tahap asal.
Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil
daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk
gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang
yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan
aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.
Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil
gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil
julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi
secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam
frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan
pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang
semakin tua dan uzur.
|