|
Artikel Dewan Kosmik - No. 2
April 2001
Bagaimana Mengesan Kehadiran
Hantu?
Oleh Dr Norhisham Wahab
Hantu mempunyai
gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz
yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur
kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi
bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi
pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah
dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai
tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.
Dari segi Fizik,
susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang
rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional
misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning
untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik,
batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah,
perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna
merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang
agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.
Orang-orang di
Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam
lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan
penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb.
setiap bulan.
Berlian yang
keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai
tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan
malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana
berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang
memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni
kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi
berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan
dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
Hantu atau
unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan
rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada
arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.
Tanda-tanda
kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut,
berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat
sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan
bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit
juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga
asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang
daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur
yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang
mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti
kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti
diatas.
Garam atau
kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur
jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan
pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu
mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat
meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan
bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam
yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang
terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi
banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai
penyakit.
Garam atau
sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau
teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga
dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi
masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa
ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.
Gempa bumi yang
diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang
apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan
kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah.
Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan
mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang
kawah gunug berapi berkenaan.
Ayat Kursi
mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat
yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin
dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi
was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.
Walau apapun
iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam
tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau.
Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan
sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan
unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau
semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya
benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hijau adalah
warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan
kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan
kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air
dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk
diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.
Hantu tenaga
asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara,
air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini
dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi
hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka
bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat
ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang
ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran
tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi,
tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.
Kehadiran unsur
asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma
yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini
akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu,
bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara
pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing.
Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin.
Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.
Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek
tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau
menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan
rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga
mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah
sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong
untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan
satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini
melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak
gementar.
Proses rambatan
gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan
molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan
tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan
dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik
keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran
Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang
yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam
tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar
telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan
mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan
dan gangguan fikiran.
Rawatan yang
boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala
dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali.
Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah
tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian
pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai
frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di
dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.
|