|
Artikel akhbar - No.
4
Berita Minggu, Ahad, 24 September 2000
Ruangan Perspektif Perubatan
KAEDAH RAWATAN
PENYAKIT CARA CVT
Oleh Dr Norhisham Wahab
Tubuh manusia
adalah sebagai kesatuan, bukan kumpulan atau bahagian yang terpisah-pisah. Jika
ada tenaga yang terganggu, tubuh akan mengambil langkah bersepadu untuk
melindungi dan mengembalikan keseimbangan secara homeostasis.
Daya vital atau
tenaga hayat tubuh sentiasa bersatu tetapi jika berlaku kejatuhan atau kenaikan
secara mendadak dan berterusan, tenaga itu tetap tidak dapat bertahan dan
berlaku pelbagai gejala penyakit.
Keupayaan
tenaga dalam bentuk semangat menjadikan manusia mampu bertahan dan terus hidup
manakala tahap pemikiran sering tergugat dan kita harus memujuknya dengan akal
atau kekuatan mental yang waras.
Bagaimanapun,
terapi getaran warna (Colour Vibration Therapy – CVT) percaya tenaga vital
yang mempunyai keupayaan penyembuhan sendiri terletak pada tahap emosi atau iman.
Jika penyakit
dapat mengimbangi empat tahap kesatuan emosi iaitu sabar, tenang, ikhlas dan
syukur maka tahap ketahanan tubuh terhadap serangan kuman atau ketidakseimbangan
hormon dapat diselaraskan dan itulah rasional rahsia penyembuhan.
Tindakbalas
sebenar dipandang sebagai cara tubuh mengeluarkan atau menghambat sesuatu
penyakit. Jika tahap emosi terus dipendam, penyakit akan terus menekan dan
terjadi penderitaan kesakitan kepada tubuh.
Penyakit dan gejala spesifik
Sebagai contoh,
masalah darah, ada pesakit yang menghadapi gejala kebas, sengal, sakit belikat,
sakit pada tengkuk, sakit dalam kepala, terhoyong-hayang, mengantuk pada siang
hari, sukar bernafas, berdebar-debar, gemuruh, sakit urat dan mudah terseliuh.
Pengalaman
berbeza ini harus ditangani dengan bijaksana bagi menentukan getaran tenaga yang
tepat dan sesuai. CVT menganggap proses penyembuhan memerlukan suatu tenaga yang
paling lembut dan minimum.
Diagnosis
Semua gejala
perlu disemak dan disusun untuk menjadi gambaran gejala keseluruhan. Gejala aneh
atau luar biasa lebih memerlukan keseimbangan tahap kerohanian.
Contohnya,
pesakit yang berasa sesuatu keganjilan di dalam perut atau di mana-mana bahagian
seperti bergerak-gerak, mencengkam, panas mendidih, menghimpit dan lain-lain
yang berlaku tidak tetap dan berulang-ulang maka getaran tenaga yang perlu
diambil adalah lebih khusus atau spesifik. Atas alasan inilah satu bentuk tenaga
yang unik akan memenuhi segala kehendak bagi semua perkara luarbiasa itu.
Getaran Umum
– Bagi gejala yang lebih umum seperti sukar tidur, kurang selera makan, lesu,
sesak nafas,demam, aturan haid tidak stabil dan sakit sendi, frekuensi tenaga
boleh disesuaikan mengikut gejala yang diterima.
Tidak Sembuh
– Jika proses penyembuhan masih tidak berjalan lancar manakala tenaga dalaman
atau spiritual, emosi dan mental masih membelenggu ikatan tenaga yang tidak
dapat diuraikan.
Kesan
Getaran Tenaga Ke arah Penyembuhan – Jika ada perubahan , ini bermakna
getaran sedang menjalankan fungsi dan penyakit boleh dikurangkan. Jika perubahan
agak berat maka pengambilan getaran tenaga boleh ditukar kepata getaran tenaga
tunggal khas yang lain.
CVT menilai
perubahan sesuatu penyakit daripada satu perubahan ke satu perubahan lain yang
berterusan. Penyakit asal akan terus hilang tanpa melalui cara mekanikal untuk
membuang atau menukarnya. Ini bermakna perkembangan pesakit amat perlu diikuti
sehingga kejayaan dapat dicapai.
Bagaimanapun,
bagi konsep luaran getaran tenaga, semakin kuat gejala, bertambah kerap
penggunaan diperlukan seperti mandi yang lebih lama.Penggunaan air batu dalam
kaedah ini amat berkesan bagi meneutralkan gelombang yang sudah bocor dan
terkeluar dari tubuh dalaman itu .
Penyembuhan
Pergerakan
getaran tenaga pasti akan menggerakkan juga tenaga organ yang besar peranannya
iaitu paru-paru. Aktiviti pernafasan ini amat penting. Seminit kita tidak
bernafas, jantung akan berhenti fungsinya dan semua organ lain akan turut
terhenti. Selepas itu tenaga akan bergerak ke arah bahagian organ yang kurang
penting seperti kulit, tenggorok atau anak tekak yang terasa mendapat kesan
akhir.
Kesan pertama
jika paru-paru mendapat reaksi seperti batuk, ubat kimia boleh digunakan dengan
berkesan tanpa kesan sampingan. Alasannya ialah kerana keracunan itu berada di
luar sistem sel, ini tidak membahayakan sistem dalaman sel yang terbabit.
Bagaimanapun jika pesakit hanya mendapat reaksi gangguan kulit seperti jerawat
atau gatal-gatal, ini hanya dianggap sebagai gangguan akut yang kecil dan
pesakit bernasib baik kerana penyakit yang dialami selama ini tidak berada
ditahap serius.
Racun dapat
dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk kotoran seperti nanah, hingus, pedih mata,
jerawat dan cirit-birit. Pergerakan itu berlaku dari tahap atasan ke tahap
bawahan.Misalnya, gangguan kulit akan bergerak ke bawah dan akhirnya akan hilang.
Kemunculan
akhir penyakit akan berada pada tahap atasan dan kehilangannya akan dirasai pada
tahap bawah kerana penyakit bermula dari tahap bawah.
Dalam proses
penyembuhan, sebarang penderitaan akan berulang untuk sementara waktu dan
apabila berlaku proses itu kita menganjurkan supaya pesakit tidak berhenti atau
mengulangi getaran tenaga bagi frekuensi yang dideritai sehingga semua penyakit
dapat dihambat keluar dan tidak terpendam atau tersembunyi untuk menjadi kanser
pada suatu masa nanti.
CVT mengambil
langkah bijak dan rasional dengan penuh kesedaran bahawa cara perubatan moden
perlu berjalan seiring sebagai pelengkap. CVT dengan konsep luaran dalam situasi
darurat atau mencemaskan boleh digunakan sebagai pertolongan pertama. Konsep
luaran yang mudah dapat menangani pesakit yang tidak sedar atau tidak mampu
untuk menyerap getaran tenaga ke dalam tubuh melalui proses pemakanan.
Getaran tenaga
akan menjadi keperluan pertama di dalam rumah untuk rawatan kemalangan atau
kecelakaan. Penggunaan getaran tenaga tidak semestinya perlu mendapatkan
diagnosis daripada pengamal profesional kerana ia mempunyai fungsi pelbagai guna
yang selamat untuk sesiapa saja.
Kesedihan dan kekecewaan yang
lama akan merangsang asid di dalam perut dan kita harus menghindari kekecewaan
daripada menguasi diri. Jika tidak, ia akan mengundang penyakit lain ke dalam
tubuh.
|