|
Artikel akhbar - No. 2
Berita Minggu, Ahad, 10 September 2000
Ruangan Perspektif Perubatan
MENYEIMBANGKAN TENAGA DALAMAN
Oleh Dr Norhisham Wahab
Tahukah anda tubuh manusia memendam getaran
warna? Proses kebocoran warna serta lambang seumpama pelangi juga terjadi pada
manusia.
Pengkaji Barat kerap mengaitkan warna dengan
personaliti manusia tetapi warna mempunyai hubungan dengan tahap identiti
kesihatan seseorang. Kebocoran warna pada tubuh manusia boleh dikesan
menggunakan kamera gelombang jarak jauh. Seseorang yang berpenyakit akan
memperlihatkan warna atau aura yang pudar atau malap, tiada cahaya atau sinar
pada warna berkenaan sebaliknya warna mati atau tua serta pasif yang dapat
dilihat.
Jika kebocoran warna pada tubuh manusia itu
tidak ditutup atau dicuci atau diseimbangkan, maka penyakit yang dihidapi
seseorang itu akan berlanjutan atau berulang jika kaedah rawatan biasa
digunakan.
Kelemahan diri anda dapat dikenal pasti
sehingga ke puncanya melalui getaran menutup dan menyeimbangkan tenaga ditahap
cakra yang tertentu sebagai pertahanan, pencegahan dan penyembuhan.
Warna luaran yang pudar membuktikan
ketidakseimbangan tenaga dalaman yang bocor. Tenaga dalaman yang sepatutnya
memberikan kestabilan pada tubuh terpaksa keluar disebabkan perubahan kimia yang
bergetar secara tidak terkawal.
Ketidakseimbangan inilah yang akan membenarkan
tekanan gelombang rendah menyerap masuk atau satu daya tarikan dan dari situ
bermulanya gangguan kerohanian dan keadaan ini akan menjadi punca penyakit jika
dibiarkan berlarutan.
Hakikat air, warna tubuh dan pendekatan
saintifik
Terapi getaran warna
(CVT) mengenal pasti
tujuh warna dan kedudukan warna itu didalam tubuh manusia.
Meletakkan kedudukan warna itu ditempatnya
yang khas. Inilah hakikat hak tubuh anda dan jika hak tubuh itu dicerobohi maka
berlakulah ketidakseimbangan atau penyakit. Contohnya, jika kedudukan paru-paru
yang panas bertukar menjadi sejuk, seseorang itu akan menghidap penyakit seperti
asma atau lelah. Kedudukan jantung yang sepatutnya sejuk bertukar menjadi panas
boleh menyebabkan penyakit seperti lemah jantung, tekanan darah dan panas baran.
Lazimnya, peraturan hak tubuh dicerobohi olih
proses pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang berlebihan boleh mengakibatkan
kebocoran tenaga dalaman. Air adalah penawar kepada segala penyakit dalam tubuh
manusia dan apabila kandungan hidrogen iaitu unsur air berkurangan, tekanan haba
di paru-paru yang mengawal pernafasan bertukar menjadi gangguan sejuk dan ini
akan mengurangkan haba dan oksigen dalam proses pembakaran untuk menghasilkan
tenaga.
Dalam keadaan
ini, bahagian pernafasan
mengalami pengewapan sehingga keluarnya karbon dioksida dan dalam keadaan yang
sama, paru-paru gagal membekalkan oksigen ke dalam darah kerana ia sejuk. Kerana
itu juga jantung yang bertanggungjawab sebagai sistem penyejuk menjadi panas dan
bermakna ketetapan dan peraturan hakikat hak tubuh dicerobohi dan berlakulah
penyakit.
Formula Seri Wajah
(Terapi getaran aroma)
daripada pati bunga-bungaan 1,00l kegunaan dicipta dan dihasilkan untuk
memerangkap tambahan daya tenaga frekuensi tinggi yang dapat meneutralkan
gelombang rendah di persekitaran tubuh iaitu sinar-x pancaran gamma, alfa dan
beta.
Tenaga yang terkandung dalam Seri Wajah akan
menyerap ke dalam pelbagai organ deria sebagai reseptor untuk menghantar pesanan
atau maklumat ke kelenjar pineal di otak dan seterusnya akan bertindak sebagai
prisma atau berlian bercahaya yang memecahkan getaran itu kepada pelbagai warna
pelangi dengan frekuensi berbeza.
Zat tenaga cahaya matahari yang terperangkap
ke dalam bentuk getaran warna di dalam tumbuh-tumbuhan diganti dan dipancarkan
tenaga melalui Seri Wajah dan boleh digunakan untuk 1,001 kegunaan secara
mandian atau pada luaran.
Tenaga akan beredar di persekitaran tubuh
sebagai pengimbang aliran tenaga (aura) menerusi bulu roma melalui pelbagai
sistem deria seperti bulu mata pada deria penglihatan, pendengaran (bulu telinga)
dan bulu hidung pada deria pernafasan.
Jika pengimbang tenaga Seri Wajah ini diambil
melalui reseptor bulu roma maka pineal akan menganalisis untuk menerima dan
menghubungkan semula bahagian sasaran yang tidak seimbang.
Bahagian yang lemah boleh diuji dibahagian
titik akupuntur dengan alat penguji keseimbangan tenaga rintangan elektrik.
Ujian ini mampu memberikan tahap keseimbangan seseorang dengan serta merta.
|