|

Asas Keseimbangan Tenaga
Manusia di dalam ketetapan DNA tidak dicipta
untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita hanya boleh
mengalami penyakit apabila pertahanan tubuh menjadi lemah.
Perkara utama yang menjadi punca kepada
penyakit khususnya pada zaman moden ini adalah unsur yang
dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat
mengekalkan keseimbangannya (homeostasis) selain mengganggu cara
semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem
neurology.
Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan
amat sinonim dengan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang
dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan
elektronik.
Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit
boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk
gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh.
Masaalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa
bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.
Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat
mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak
harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik
telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang
tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.
Apabila medan tenaga sel-sel di dalam darah
kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu,
frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia ada secara semula
jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang
imbangan keharmoniannya.
Frekuensi Basic Energy yang sesuai boleh
sahaja dirakam daripada sumber ayunan electromagnet yang lebih
semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal,
unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi asas
Schumann.
Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di
dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang
bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang
dinyatakan.
Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan
suatu asas tenaga (Basic Energy) yang sangat bersistem. Semua sel
terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah
99.999 peratus ruang dan tenaga.
Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga
asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan
memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar ‘foton’) yang
menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya
boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas
kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas
tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan
aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada
bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.
Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh
badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di
dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya.
Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita
dengan mudah diaktifkan oleh Formula Basic Energy yang dirakam
semula dengan medan elektromagnetik melalui sukatan frekuensi
darah manusia yang sihat.
Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan
boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara
terbuka yang bermula dari nilai kurang 0 hinggalah 105Hz.
Fungsi
Basic Energy
Basic Energy dihasilkan dengan
menggabungkan bahan-bahan asal pengaktif darah dan dihasilkan
menurut prinsip semula jadi bagi tujuan menyekat proses pencetusan
penyakit melalui darah di dalam tubuh.
Basic Energy boleh diklasifikasikan sebagai
unsur biologik kerana ia dirakam dengan gelombang tenaga bagi
darah agar lebih aktif seperti penghasilan formula daripada sumber
hidup.
Basic Energy direkacipta untuk menyekat
perkembangan penyakit yang sebenarnya bermula dengan pencemaran
darah sehingga gejala fungsi darah yang terganggu.
Formula yang berkeupayaan seperti menghambat
sel-sel imun yang tidak berfungsi di dalam tubuh. Basic Energy
akan mengaktifkan sel-sel T yang bertindak seumpama ‘panglima’
atau ‘jeneral’ kepada sistem imun yang mampu mengenalpasti
bahan asing seperti bakteria jahat yang menceroboh sistem tubuh.
Kehadiran sumber asing yang mampu mengubah
fungsi asas sistem darah sehingga ke tulang dan sistem endokrin.
Sungguhpun definisi kelihatan bersifat
teknikal dan rumit, kita akan lebih memahami mekanisma asas darah
sekiranya kita mengetahui apakah sebenarnya darah dan bagaimana ia
berfungsi dengan sifat-sifat yang dizahirkan melalui perwatakan.
Umpamanya darah berfungsi mengawal paras
hormon sebagai penghantar maklumat kimia dan cenderung berubah
untuk mengawal sistem tubuh keseluruhannya.
Hormon dan darah berkait rapat dalam mengawal
sifat, watak dan tingkah laku seseorang dari semasa ke semasa
bergantung kepada bahan-bahan di dalam pemakanan seharian.
Basic Energy mampu mengawal aktiviti biokimia
dalam sel-sel darah di mana enzim-enzim sebagai penerima dapat
mencetuskan reaksi bahan kimia tertentu supaya darah lebih aktif
dan tidak tercemar.
FORMULA ISTIREHAT -
KECERGASAN BERGANDA
Mulakan dengan mudah! Sebiji kapsul sebelum
tidur malam setiap hari.
Dan alami perbezaannya pada keesokan hari.
Perhatian:
Merujuk kepada gejala-gejala sementara yang
mungkin timbul dan berbeza kepada setiap individu, pengguna boleh
mengambil formula NW1 (Fasa 1) atau mandi dengan menggunakan air
sejuk untuk merangsang kecergasan tenaga baru. Tubuh sebenarnya
memerlukan istirehat yang cukup. Formula ini perlu melalui
preskripsi dan nasihat pengamal CVT yang bertauliah.
MERAWAT DARAH UNTUK
MENGHASILKAN TENAGA HARMONI
- Pembersihan darah secara semula jadi
- Menggantikan pengambilan vitamin
- Mengaktifkan perubahan sifat kimia dalam darah lebih
sempurna untuk membentuk tenaga.
- Mengaktifkan reaksi kimia tubuh dengan menggerakkan
kerja-kerja enzim
- Melancarkan aliran darah
- Kandungan mineral dalam darah digunakan secara optima
- Detoksifikasi
- Keseimbangan tenaga
- Penyerapan zat makanan lebih sempurna
- Ikatan antara zarah-zarah mineral terbentuk secara harmoni
- Tenaga haba dapat diserap oleh darah dan dihantar ke seluruh
tubuh
Nikmati Kelebihan Ini:
- Kecergasan berganda
- Semangat dalam kehidupan
- Keceriaan
- Keremajaan
- Awet muda
- Tiada lagi kesakitan sendi dan otot
- Kelangsingan yang semula jadi
- Tubuh lebih bertenaga
|