Home About Us Services Products Qoute

      Formula SW99 & NW99 

        PENGHASILAN  :

  • Formulasi (NW) 1- 20 adalah formula asas yang digunakan bagi perawatan sesuatu penyakit berdasarkan diagnosis (applied kinesiology). Julat frekuensi yang diambil daripada rakaman tenaga pada bunga-bungaan tertentu berdasarkan kepada satu nilai tertentu sahaja dan menumpu kepada organ di dalam tubuh itu sendiri. Ini bermakna, setiap satu formula hanya mempunyai satu nilai frekuensi dengan julat tertentu sahaja. Oleh itu, formulasi terkini yang dicadangkan akan mempunyai set nilai-nilai frekuensi yang lebih daripada satu bagi sesuatu keadaan penyakit. Namun begitu, tenaga yang dirakam ini masih pada tahap tenaga elektromagnetik yang mana apabila ia diambil sebagai penawar, beberapa peringkat proses tindakbalas tenaga dalam tubuh masih diperlukan. Masih terdapat beberapa jenis penyakit yang masih belum mampu dirawat dengan hasil yang paling memuaskan biarpun sebahagian besar daripadanya telah dapat ditangani dengan berkesan. Sebahagian daripada penyakit yang telah disenaraikan seperti yang dinyatakan di dalam buku Formula 99.
  • Proses analisa getaran tenaga pada kanak-kanak pada tahap usia sebelum kematangan yang mempunyai keharmonian dan keseimbangan asli menurut setiap tahap atau sistem tubuh. Ini bermakna keharmonian yang wujud daripada tenaga magnetik tubuh mereka sangat berkesan untuk dinilai dan dikaji seterusnya digunapakai bagi tujuan perubatan.
  • Mengambil ukuran nilai getaran tenaga magnetik yang berkaitan dan bersesuaian daripada bunga-bungaan tertentu dan dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit yang juga mewakili ukuran tertentu sebelum dirakam semula di dalam kad magnetik. Tenaga magnetik ini sebenarnya masih belum mampu diukur oleh mana-mana alat elektronik, namun ‘medan’ tenaga atau daya magnetik pada bunga atau elemen-elemen tertentu boleh dilihat melalui alat pengukur medan magnetik atau lebih khusus pancaindera manusia.
  • Kajian akan dilakukan untuk menentukan nilai atau ukuran yang paling sesuai yang dapat dicerap daripada medan magnetik yang diuji. Nilai-nilai ukuran yang diperolehi melalui pengiraan dan analisa yang tepat akan diambil dan direkodkan sebelum diuji.
  • Proses ujikaji akan dilaksanakan ke atas setiap nilai-nilai yang diperolehi sehingga ia benar-benar memberikan hasil yang paling memuaskan.
  • Menghasilkan formula tambahan bagi setiap jenis penyakit bagi setiap keadaan yang biasa atau pernah ditemui.
RASIONAL       :
  • Formula sedia ada CVT mengambil kira nilai ukuran penengah bagi setiap julat warna. Sebagai contoh, warna putih mewakili bahagian puncak atau pusat kepala yang mempunyai julat tertentu umpamanya 0 – 100. Formula CVT yang mempunyai nilai yang setara dengan warna putih merakam nilai 50. Dengan menambah set nilai bagi formula, CVT kini mempunyai sekurang-kurangnya 99 set atau nilai-nilai yang boleh terus merujuk kepada penyakit-penyakit yang pernah diketahui manusia. Ia lebih mudah dijelaskan sebagai 99 bentuk ‘remedy’ atau penawar yang akan melengkapkan CVT sebagai perawatan penyakit yang lengkap sebagai persediaan jangka panjang khususnya jika ia melibatkan sebuah pusat perubatan serba berupaya sepertimana sebuah hospital/pusat pakar.
  • Justeru teori bahawa kanak-kanak dan bunga-bungaan memiliki tenaga magnetik sebagai suatu bentuk getaran tenaga yang masih ‘suci’ atau harmoni perlu dikemukakan sebelum dipindahkan ke dalam formula. Getaran tenaga ini merujuk kepada ukuran frekuensi tertentu pada setiap organ di dalam tubuh, maka setiap ukuran boleh dikatakan memegang satu karakter atau jenis penyakit dan juga penawarnya. Ini bermakna, getaran tenaga magnetik ini akan berfungsi di dalam tubuh dengan lebih menyeluruh dengan keluasan tanpa sempadan sehingga ke tahap punca-punca kepada sesuatu penyakit.
  • Dengan itu, formula tenaga magnetik yang merujuk kepada formula asas Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) dalam bentuk cecair yang dihasilkan berupaya disimpan dan dikekalkan memori/rakaman tenaganya bahkan lebih stabil untuk tujuan perubatan.

PRINSIP DAN KONSEP PADA KEISTIMEWAAN 99 FORMULA MAGNETIK DALAM MEMERANGKAP TENAGA BERBAGAI JENIS BUNGA-BUNGAAN.

Apa yang menarik melalui penemuan terbaru ialah, elemen-elemen yang pernah ditemui di dalam alam semesta ini, yang disusun melalui jadual berkala mempunyai persamaan melihat melalui penyusunan dan jumlah Nama-nama Allah SWT yang diketahui sebagaimana dinyatakan di dalam AlQuran. Setiap elemen mempunyai nombor atom yang tersendiri dan disusun menurut simbol selain namanya yang tersendiri. Maka kita mendapati kesemua elemen-elemen tersebut juga terkandung di dalam tubuh kita sebagai satu-satunya penciptaan yang paling sempurna.

Oleh yang demikian tubuh juga menyimpan tenaga magnetik sebagai tenaga asli terakam di dalam tulang belakang. Ini bermakna bagi penyakit yang dialami oleh seseorang, CVT menilai tenaga magnetiknya telah mengalami kepincangan dan perlu diperbetulkan semula melalui kaedah yang dicadangkan. Kita juga telah memahami bahawa setiap elemen mempunyai berat atom, jangka hayat, tenaga dan juga ukuran frekuensi atau getaran berkala. Maka adalah rasional jika kita dapat mencari persamaan tenaga daripada elemen-elemen atom dan digabungkan dengan tenaga bunga-bungaan di dalam formula/remedi/penawar yang dihasilkan.

99 formula yang diprogramkan dengan merujuk kepada ketertiban nombor-nombor atom elemen itu adalah bertujuan membuktikan konsepsi yang lebih jelas daripada fakta bahawa ‘Alllah SWT’ sesungguhnya meliputi segala sesuatu. Penemuan unsur-unsur berbagai elemen yang memiliki jisim-jisim suci lagi bertenaga mengingatkan kita betapa diri amat dekat dengan Maha Pencipta iaitu Tuhan sekalian alam. Maka amat benarlah Pencipta juga yang boleh bertindak terhadap apa yang telah ia ciptakan. Namun ini hanyalah sebahagian daripada ilmuNya yang Maha Luas itu.

Penemuan ini jelas merupakan suatu indikasi tentang kebenaran. Justeru, formula/remedi yang dihasilkan mempunyai kod atau simbol yang baru. Ini digunakan pada setiap botol atau bungkusan formula tersebut.

PERSAMAAN TENAGA 99 ELEMEN UNSUR SEBAGAI PENAWAR

> Merujuk kepada tenaga yang spesifik kepada penyakit tertentu secara kebiasaannya difahami atau diketahui, atau disahkan oleh ahli perubatan lain.

> Penggabungan tenaga (frekuensi) daripada tumbuhan/bunga-bungaan sebagai antidot

> Lebih spesifik kepada rangsangan enzim-enzim di dalam tubuh

> Medium – Sukros dan pati bunga (aromaterapi) 

KAEDAH PENGGUNAAN:

SW99 sama seperti Seri Wajah, namun lebih berkesan secara luaran (sapuan/mandian) bersama air dan ais. Pastikan corak pengambilan yang kerap dan berterusan dalam tempoh selangan masa yang sama.

NW99 sama seperti NW1-20, mengikut fasa (kemam)

 

* Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Falsafah Formula SW & NW99

    Menjana keperluan perubatan dalam era milenia serba mencabar bukanlah satu kerja yang mudah. Keperluan kesihatan yang optima bagi setiap individu seringkali tidak dikaitkan dengan elemen atau unsur lain di sekeliling. Sebenarnya setiap manusia berkongsi ruang dan masa dengan seluruh makhluk atau apa jua elemen atau unsur alam yang lain samaada dapat dilihat, disentuh atau diukur tenaganya.

    Fizik kuantum menurut kajian semasa lebih banyak menyentuh elemen atau unsur yang bersifat atom malah lebih halus daripada itu namun tidak dapat dikaitkan dengan banyak lagi unsur-unsur lain yang begitu banyak di dalam ruang alam ini, di mana di sinilah CVT cuba mengenengahkan suatu teori bahawa semuanya saling berkaitan di antara satu sama lain, cuma bergantung kepada kekuatan akal fikiran untuk mengimaginasikannya dan menterjemahkannya dengan perkataan sebelum dipraktikkan untuk sesuatu tujuan.

    Kini CVT terus langsung mempraktikkan teori saling berkait atau teori kerelatifan  ini dalam penghasilan formula-formula untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Bagaimana ia berlaku?

    Apabila kita mula menyampaikan ‘hasrat’ /’niat’/’tujuan’ untuk merawat penyakit yang sedang kita hadapi, ketika itu otak kita akan cuba memproses seberapa banyak maklumat untuk dikumpul dan digabungkan sebagai satu bentuk frekuensi dengan ukuran gelombang tertentu sebagai satu set persamaan tenaga elektrik, magnet, cahaya, warna, bunyi dan gema serta masa yang teratur. Di samping itu, kita juga memerlukan medium atau bahan yang memiliki pasangan tenaga atau frekuensi kepada frekuensi niat tadi untuk digabungkan secara lengkap sebelum boleh memberikan kesan yang diinginkan. Bahan yang digunakan dalam formula ini amat relatif dengan tenaga atau frekuensi yang akan dirakam semula sebelum dipindahkan ke dalam tubuh.

    Oleh yang demikian, CVT menyusun atur secara sistematik satu teori yang besar dalam menggabungkan secara serentak eksperimen dan praktikal keelektrikan, kemagnetan, cahaya, warna, bunyi dan gema dalam set persamaan ruang dan masa secara semulajadi.

    Formula SW99 & NW99 ini bukan bertindak atau memberi kesan kepada organ tubuh semata-mata malah juga merangsang enzim-enzim yang berbeza pada organ dan sistem kelenjar yang disasarkan. Hasilnya, tenaga dalam ukuran frekuensi yang tertentu apabila dijanakan lagi kekuatannya dengan julat yang berkali-kali ganda maka penyembuhan secara total dengan rintangan paling minima boleh dicapai.

Dapatkan buku Formula 99 untuk rujukan di saat anda memerlukan rawatan segera...

SW99 Hanya RM50.00
NW99 Hanya RM33.00

Buy Now!! klik Order on-line 

 

  © Copyright 2008 DVN Sdn Bhd. All Rights Reserved.