|

Merujuk kepada prinsip
keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan namun
ia boleh dipindahkan. Dalam proses transformasi, sebahagian tenaga
ditukar menjadi haba bagi mengekalkan keseimbangannya. Haba yang
terhasil perlu disebarkan melalui proses seperti pancaran atau
radiasi dan sebahagiannya ditukar menjadi tenaga.
Tubuh manusia yang terdiri
lebih daripada 50 trilion sel membentuk kesempurnaan suatu
kehidupan dengan berbagai tingkah dan geraklaku. Kesemuanya
memerlukan tenaga dan sumber terbesar bagi tenaga ialah tenaga
yang dihasilkan melalui proses ATP di dalam air selular. Tenaga
yang bersih dijana daripada tubuh yang sihat meminimakan sebarang
bentuk bahan buangan yang berlebihan keracunan dan normal
umpamanya nafas yang segar, urin bersih dan tidak berbau
sehinggalah najis yang normal.
CVT memperkenalkan jam
QuantumXcel sebagai satu-satunya rekaan sebagai medium yang
menggunakan mekanisma pusingan arah ke kanan (lawan arah jam biasa)
dan rakaman getaran tenaga magnetik daripada sumber suci dan murni
yang mampu mengimbangi berbagai tahap ketidakseimbangan tubuh. Ia
secara bio-fizik berupaya menyerap tenaga haba dan dengan pantas
mengubah tenaga kepada 8-14 nanometer jarak gelombang bio-fizik
yang boleh meningkatkan aktiviti molekular bagi molekul air di
dalam organ tubuh. Ini amat berkesan untuk fungsi metabolisma
tubuh, melancarkan sistem peredaran darah malah sehingga
merangsang sistem imun, antibodi dan hormon seseorang yang
mewakili tahap semangat, emosi dan minda.
Dengan menggunakan bahan
daripada tungsten, bahan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan
sebatian kalsium dan ini ia amat relevan dengan rahsia tulang.
Tungsten adalah 19.3 kali lebih berat daripada air pada jumlah
isipadu yang sama maka ini memberi suatu signifikan kepada jisim
yang mempunyai berat dalam frekuensi merah hati.
Sinar Ultra Violet adalah
satu-satunya tenaga semula jadi yang mampu diserap oleh tubuh
manusia menerusi tisu kulit sebelum menukarnya kepada vitamin D.
Jadi tenaga kosmik pada spektrum tertentu hanya boleh diserap
melalui medium/bahantara lain.
Melalui keupayaan dan kesan
magnetik pada jam QuantumXcel, gelombang magnetik berukuran 3-14
nanometer secara bio-fizik dapat dihasilkan. Ujian R&D
membuktikan tenaga ini berkeupayaan menyusun struktur molekul air
(cecair tubuh – darah) kepada juzuk (molekul) yang lebih kecil,
yang meningkatkan fungsi bio-kimia dalam berbagai aktiviti
berkaitan air di dalam tubuh sehingga mendorong fungsi metabolik
pada semua unsur hidup.
Pertenagakan
Semula Tubuh
Magnetisma bermaksud kuasa dan
maklumat (tenaga) yang mengalir dari satu kutub ke pasangan
kutubnya. Alam semesta, unsur hidup dan segala penciptaan terbina
daripada prinsip pasangan tenaga berasaskan kutub positif dan
negatif. Terdapat 3 jenis daya magnetik yang diketahui:
1. Magnetisma Jisim
Bukti di dalam magnet asal dan
magnetisma bumi merujuk kepada kutub utara dan selatan.
2. Magnetisma Graviti
Bergantung kepada kerelatifan
ruang dan masa dan melibatkan pelbagai jenis aliran tenaga dan
tarikan semua benda terutamanya di bumi.
3. Magnetisma Cakrawala/’Gema’
Tahap tertinggi dalam semua
bentuk tenaga, sebagai hukum alam paling asas di mana masa dan
ruang adalah sama, segala kejadian di alam semesta yang berlaku
dengan sendirinya dalam suatu keserentakan dan ketetapan seperti
kejadian tumbesaran benih, telur dan sperma serta daya yang
menggerakkan planet-planet termasuk tenaga daripada matahari dan
bulan.
Kesemua ini adalah di dalam
suatu program ketetapan oleh Maha Pencipta yang menyebar dan
menyerap tenaga menerusi suatu hukum keseimbangan dan keabadian.
Ia merupakan tenaga kerohanian yang suci, tidak tercemar tetapi
tersebar ke seluruh arah dengan kecepatan maksima dan malar (tiada
nilai ukuran tetapi konstan).
Tenaga yang berbeza dihasilkan
melalui kombinasi tindakan di antara kutub positif dan negatif
berbagai daya magnetik. Tenaga tidak boleh dicipta tetapi
ditransformasikan melalui tindakan kombinasi dan sinergistik
polariti positif dan negatif daripada berbagai sumber.
Inilah di antara sebabnya
mengapa jisim berbeza menghasilkan berbagai jenis medan magnetik
atau resonans magnetik atau pun getaran. Namun ada satu lagi daya
iaitu ‘gema’ yang akan menjadi pasangan kepada getaran yang
akan mempertenagakan semula sesuatu yang telah ‘hilang’
daripada kedudukan asalnya.
Dengan meletakkan jam
QuantumXcel di bawah bekas yang mengandungi air, segala unsur
berat di dalam air tersebut akan termendap ke bawah, disebabkan
magnetisma dan graviti pada jam tersebut. Minumlah air tersebut
dan singkirkan sebahagian daripada air di bahagian dasar bekas.
Ini juga sebenarnya telah dipraktikkan sejak zaman berzaman
sebagai suatu cara mengelakkan air yang dirasakan telah dicemari
dengan berbagai bentuk gelombang yang beracun daripada memasuki
tubuh.
Tenaga
Semua dalam kehidupan adalah
tenaga. Tanpa tenaga saraf tidak dapat menghantar isyarat elektrik
ke otak. Setiap sel di dalam tubuh merupakan bateri seni yang
menjana 70-90 milivolt tenaga elektrik sewaktu tubuh sihat.
Namun definisi kematian
sebenarnya lebih sesuai dikatakan suatu proses pemindahan tenaga
dari suatu ruang kepada ruangan yang lain (malah baru). Cuma
barangkali otak tidak lagi dapat memproses sebarang maklumat
melalui aktiviti elektrikal seperti kebiasaannya.
Tenaga menurut definisi CVT
amat berkait rapat dengan getaran kejiwaan dan akal fikiran. Hanya
tenaga yang berfrekuensi rendah sehingga tidak dapat dikesan,
namun bertekanan, berkecepatan malar dan konsisten cukup sinonim
dengan getaran jiwa yang halus dan hakikat akal yang mampu
memikirkan kuasa Maha Pencipta. Termasuk dalam kumpulan
‘gelombang kedua’ – tenaga gema yang membina dan
mempertenagakan sesuatu. Sehinggakan mampu menghidupkan sel-sel
yang baru daripada sel-sel yang mati.
Ini amat berbeza jika
dibandingkan dengan tenaga yang bersifat panas, mematikan sel-sel
yang mati dan juga sel-sel sihat, menceroboh ruang gelap yang
sepatutnya menjadi rahsia, membakar zat-zat sebelum sempat ditukar
menjadi tenaga; iaitu daripada sumber umpamanya laser, kimia dalam
terapi kemo, gelombang radio, ultrasonic (ultrasound) untuk
mengesan kandungan di dalam rahim, sinar-X, unsur dadah, ubatan
sintetik atau sekurang-kurangnya ungkapan ‘maut’ – “anda
hanya mempunyai 3 bulan untuk hidup”. Ini tergolong di
dalam kumpulan ‘gelombang pertama’ – memusnah dan melemahkan.
Begitu juga dengan kaedah
pemindahan organ daripada seseorang penderma yang sebenarnya bakal
menjelmakan persepsi asing, karakter yang mencelarukan sistem
tubuh dan tidak ‘serentak’ kepada penerima organ tersebut.
Malah lebih berat lagi, pada hari diperhitungkan segala amalan
nanti, orang yang menerima organ terpaksa mencari pemilik organ
yang asal (atau sebaliknya) untuk dinilai sebagai suatu struktur
asal yang lengkap dan sempurna yang telah diciptakan, dalam proses
penayangan skrin gergasi di lapangan terbuka. Mengapa manusia
tidak menyedari hakikat ini?
Sel-sel tubuh setiap individu
adalah unik dan tersendiri dan tidak boleh dipindahkan kepada
ruangan individu yang lain, namun ‘tenaga’ daripada
sumber-sumber yang suci lagi murni sewajarnyalah digunakan untuk
mengembalikan fungsi asal sesuatu organ yang mengalami penyakit.
Flora khususnya bunga-bungaan
memiliki magnetisma ini. Itulah gelombang alami (Natural Wave)
yang amat bersamaan dengan tenaga di dalam tubuh manusia. Tenaga
ini tercipta sejak bermulanya masa dan kejadian jisim. Dengan
atom-atom unsurnya bergerak dalam pusingan ke kanan, tenaga yang
dimilikinya amat sesuai untuk dipindahkan ke dalam tubuh, sebagai
ganti dan pasangan kepada ruangan yang telah mengalami kepincangan
tenaga.
Ciri-ciri
Tenaga QuantumXcel
- Gelombang dalam skala gema, dengan kecepatan melalui
medium berkali-kali ganda berbanding melalui udara
- Gelombang yang bergerak ke semua arah
- Juga diertikan sebagai gelombang mekanikal yang mengisi
segala ruang
- Dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lain tanpa
mengalami kehilangan tenaga, malah semakin kuat
- Semakin jauh jarak yang perlu diambil, semakin cepat malah
tiada nilai halaju dapat diukur
- Getaran yang terakam dalam sesuatu objek merupakan getaran
asli sebagai rakaman memori atau maklumat asal
- Mampu melakukan pembetulan dengan sendirinya apabila ada
gangguan dari luar
- Meningkatkan magnetisma tubuh dengan rangsangan sistem
deria dalam mengesan berbagai bentuk maklumat dari luar
- Membentuk struktur kristal cecair tubuh (darah)
- Meningkatkan tekanan di sekitar tubuh bagi mengawal dan
mengimbangi aura/cahaya pelindung diri
- Melerai radiasi bebas dengan frekuensi tinggi (>20Hz)
- Meningkatkan tahap tenaga sel-sel tubuh pada ukuran yang
paling seimbang
- Melindungi DNA melalui pengukuhan ikatan kovalen hydrogen
yang memegang DNA (Maksudnya : Maklumat asal tubuh tersimpan
secara kekal dan harmoni)
- Menyingkirkan keracunan di dalam sel-sel secara
detoksifikasi
- Melancarkan aliran elektrik melalui darah sebelum ditukar
menjadi tenaga gema
- Memperbaiki dan memantapkan fungsi hipotalamus
Manfaat
Yang Diperolehi:
- Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan
daripada radiasi luar yang terperangkap
- Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh
- Merangsang daya tumpuan
- Mengekalkan potensi diri yang optima
- Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan
- Mengawal depresi/tekanan perasaan
- Meningkatkan daya vital/semangat
- Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser
Tingkatkan
Tenaganya Berkali-kali Ganda
Redha – Ikhlas –
Sabar – Tenang dengan konsisten diiringi kepercayaan
yang sepenuhnya kepada Maha Pencipta akan meningkatkan lagi tenaga
QuantumXcel berkali-kali ganda.
Penggunaan
Jam QuantumXcel
- Bagi lelaki – di pergelangan tangan kanan.
- Bagi wanita – di pergelangan tangan kiri
Rekaan jam QuantumXcel bukan
sekadar untuk mengukur waktu, tetapi amat besar manfaat kepada
pemakainya. Apabila anda melihat pergerakan jarum jam dalam
gerakan ke kanan, persepsi anda akan mengalami suatu daya/kesan
magnetisma pertama yang dikawal oleh hipotalamus. Isyarat yang
diterima akan dihantar ke kelenjar pineal untuk rangsangan tenaga
vital yang amat penting untuk sistem imun tubuh. Bagaimana pun,
kesan atau impak bukanlah dapat dilihat secara terus melainkan
dengan arahan-arahan tertentu yang diterima dan diproses oleh otak
sebelum memberikan isyarat kepada bahagian yang lain untuk
tindakan (respons).
Jam ini juga dapat dirakam
dengan tahap tenaga tertentu menurut keperluan tubuh anda, merujuk
kepada ukuran frekuensi warna daripada putih sehingga merah hati.
|