|
TEKNOLOGI
ELEKTRON
Fakta saintifik tidak lagi dapat menolak bahawa
teknologi elektron adalah diperlukan bagi mengimbangi tenaga hayat
sel. Sebenarnya sel-sel menyerap sesama sendiri kerana mengalami
ketempangan elektron untuk memegang kukuh binaan molekul oksigen.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘rompakan’ untuk
mendapatkan elektron bagi menstabilkan aktiviti sel tetapi boleh
menimbulkan masalah kerana electron semakin berkurangan. Elektron
seumpama nadi yang perlu ada di sekeliling atom-atom oksigen untuk
meneruskan kehidupan.
Walaupun satu ketika dahulu nutrien-nutrien
antioksidan boleh memainkan peranan yang amat besar dalam mencegah
beberapa penyakit yang berkaitan sel-sel darah.
Tetapi nutrien yang paling efektif bertindak
ajaib iaitu Habbatus Sauda’ (Black seed) didapati lebih aktif
berkali-kali lebih hebat apabila dirakamkan dengan gelombang
elektron. Habbatus Sauda’ diberi pasangan dengan bunga Saffron
sebagai kombinasi yang paling ideal khususnya untuk kaum wanita
yang dapat berkongsi formula bagi mencapai tujuan dan faedah yang
tersendiri.
Antioksidan yang dirumus dalam bentuk minyak
esensial pelbagai herba adalah lebih efektif untuk bertindak
merangsang enzim-enzim di bahagian pencernaan. Bagi mereka yang
terlalu gemuk antioksidan yang bersifat membakar lemak amat
membantu di dalam mengurangkan badan yang berlebihan.
Bagi yang terlalu kurus pula adalah tidak
digalakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk otot malah
akan semakin kurus.
ANTIOKSIDAN YANG
BERKESAN
- Antioksidan mesti dapat menyingkirkan gas di dalam perut
dengan cepat.
- Dapat meningkatkan selera makan
- Dapat membakar lemak di bahagian kedutan jika disapu pada
permukaan kulit yang bermasalah
- Dapat merawat semula penyakit yang berpunca daripada
alahan-alahan pemakanan yang tidak disedari yang sebenarnya
sangat mengancam kesihatan individu.
- Antioksidan dapat mengatasi kesan-kesan gastrik apabila
perut kosong jika lewat mengambil makanan.
- Mampu menukar dengan cepat segala makanan yang dimakan
menjadi zat-zat yang diperlukan tubuh dan kita akan terelak
daripada berbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan
zat-zat tertentu.
Antioksidan dapat meningkatkan kadar hormon bagi
berat badan yang merosot akibat tubuh menjadi seumpama tanah yang
tidak dibaja dan ini amat mempengaruhi bahagian reproduktif lelaki
dan wanita. Atau berat badan yang meningkat secara keterlaluan
bagi wanita selepas bersalin kerana kadar hormon kesuburan begitu
teruja ketika ibu-ibu mengambil makanan yang berlebihan semasa
mengandungkan bayi mereka.
Kaum ibu amat ditekankan mengambil makanan yang
terlalu banyak zat secara berlebihan namun akhirnya sisa-sisa
makanan memberi kesan toksik yang menghodohkan beberapa bahagian
tubuh.
Cara penggunaan:
- Ambil beberapa titik dan letakkan pada lidah sebelum dan
selepas makan. Boleh juga dimasukkan beberapa titik ke dalam
air sejuk.
- Boleh dijadikan amalan 3 hingga 5 kali sehari untuk menjaga
berat badan dan merawat sistem penghadaman.
Antioksidan dan sistem penghadaman amat berkait
rapat di antara satu sama lain. Sesuai dengan pepatah ‘perut
adalah tempat tersembunyi’ yang boleh mewujudkan berbagai jenis
penyakit.
Gelombang Elektron
Frekuensi potensi rakaman energi gelombang
elektron sebenarnya akan memberi kepantasan kepada seluruh sistem
tubuh kita yang bekerja melalui aliran darah.
Rakaman tenaga dalam kelajuan gelombang
terpantas ini tidak akan memberi ruang masa kepada segala jenis
bakteria untuk menjadi lebih pantas daripadanya.
Teori ini amat meyakinkan kerana bakteria tidak
mampu memintas, menceroboh atau melalukan sebarang keganasan di
dalam sel-sel darah kita.
Rakaman gelombang dalam frekuensi elektron ini
akan membina keimunan yang paling semula jadi malah akan menjadi
penentang kepada virus-virus yang luar biasa daripada keturunan streps
yang berbahaya. Tambahan pula generasi akan datang mempunyai
sistem keimunan yang sangat rapuh sehingga ubatan antibiotik tidak
lagi berkesan malah dengan mudah ditentang oleh bakteria.
Kuman-kuman pada hari ini semakin digeruni
seperti virus ‘SARS’ yang menyaksikan satu kemunculan
mikroorganisma (‘SUPER KUMAN’) yang luar biasa berbisa dan
ganas.
Frekuensi elektron dengan kepantasan masa
melalui kaedah rakaman gelombang bunyi akan menggetarkan ubat-ubat
lebih aktif untuk menentang ‘Super Kuman’.
Makrofaj (sel di antara tisu-tisu) yang aktif
dapat dipercepatkan pergerakannya melalui kelajuan yang lebih
tinggi menerusi teknologi ini.
Dengan teknologi ini pasukan sel-sel T akan
melalui proses kenalpastian diri sendiri dengan
pantas dan tiada satu pencerobohan yang dapat berlaku kerana tiada
lagi peruntukan masa untuknya mencuba sesuatu di luar kawalannya.
Diet yang buruk seperti mengambil terlalu banyak
makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi hanya akan
menyebabkan sel-sel semakin tidak dapat mengawal diri sendiri.
Pengambilan alkohol (arak, wain) sebenarnya
telah dikenalpasti sebagai satu tabiat yang buruk kerana ia
merupakan minuman yang terlalu banyak kandungan jisim iaitu lebih
daripada 1500 jenis.
Jisim-jisim di dalam alkohol ini sebenarnya
bertindak sebagai penindas imun dan merangsang radikal bebas yang
jahat dan sentiasa menunggu kehadiran jisim-jisim berat ini.
Seri Wajah dan
Seri Wajah Antioksidan
Jika Seri Wajah bertindak merawat kerohanian (masa)
seseorang, maka Seri Wajah Antioksidan bertindak merawat jasmaniah
(jisim/fizikal) seseorang.

Gabungan 5 jenis minyak esensial herba seperti
Habbatus Sauda, Black Pepper, Peppermint, Ginger dan Kulit Kayu
Manis amat sesuai kepada diet antioksidan masyarakat Asia.
Antioksidan dalam bentuk cecair ini dirakam dengan teknologi
elektron dapat menentang radikal bebas yang menguasai bahagian
usus dan menghalang usus membersihkan lebihan gas dan asid yang
bersifat toksid malah akhirnya membentuk radikal bebas yang
merbahaya.
|