|
Applied
Kinesiology (AK)
adalah kaedah mengesan kelemahan atau kesakitan pada diri
sesaorang dengan menekan pada bahagian yang lemah. Dengan
kaedah AK, aliran tenaga yang ujud dalam tubuh sesaorang
dapat dikesan. Tenaga elektomagnetik ini dihantar ke otak
untuk rangsangan dan terus kebahagian organ yang lemah.
Secara
semulajadi apabila tempat yang mengalami kesakitan itu
disentuh, lengan kanan pesakit akan menjadi lemah dan tidak
bermaya berbanding dengan sentuhan pada tempat yang tidak
mengalami kesakitan. Ini adalah keajaiban akal manusia.
Kaedah
ini juga dapat mendedahkan elemen-elemen dalaman utama iaitu
spiritual, mental, emosi dan fizikal yang mana elemen-elemen
ini mempunyai hubungan yang rapat dalam penyatuan kekuatan
manusia dalam menanggung bebanan toksin dari serangan kuman.
Kinesiology
menggunakan kaedah ini untuk mengesan kelemahan dan punca
penyakit dengan menekan pada 20 tempat pada anggota pesakit.
Terdapat 8 tempat di bahagian kepala atau fungsi otak dan 12
tempat pada bahagian fizikal atau fisiology.
Apakah
jenis penyakit yang dapat dikesan?
Ini bergantung kepada kepakaran pengdiagnos. Pengetahuan
mengenai sistem fisiology, mental, pisikologi dan lain-lain
adalah saling berkait. Pengetahuan ini jika digandingkan
dengan kaedah Applied Kinesiology akan dapat memberikan
diagnos yang tepat. Bagaimanapun dengan mengandingkan AK dan
fisiology, sudah memadai untuk mengesan tempat kesakitan dan
punca penyakit yang dialami oleh sesaorang pesakit dapat
dikesan dengan tepat. Penyakit yang berpunca daripada
gangguan luaran juga dapat dikenalpasti.
Punca
sebenar yang menyebabkan penyakit dapat dikesan dengan tepat
dan cepat. Contohnya penyakit migraine biasanya dikesan
berpunca daripada masalah usus besar. Orang yang kerap
sendawa mungkin mengalami masalah pada hati atau pancreas.
Demam yang berpanjangan mungkin berpunca daripada masalah
stress yang berlebihan.
Dengan
cara yang sama preskripsi NW Vibration untuk sesaorang
pesakit akan dapat dikenalpasti secara tepat mengikut
keperluan. Ini dengan sendirinya dapat mengelakkan
pembaziran tenaga dan wang ringgit.
|