|

Penjana kematangan dengan
rahsia kebijaksanaan emosi melalui pemikiran otak kanan terutama
bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak
sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui
proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Membantu meningkatkan
daya dan tenaga terpendam di dalam tubuh di samping fizikal bagi
mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
EQ amat bermanfaat untuk
memperbaiki diri kanak-kanak sehingga ke tahap spiritual dan emosi
yang mempengaruhi jiwa dan akal supaya lebih matang dan bijaksana
di samping membina keperibadian mulia seperti menghormati diri dan
orang lain malah alam sekeliling, menghargai kehidupan,
berkesantunan, mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan dan yang
paling penting ialah memahami dan menghayati rahsia penciptaan
oleh Maha Pencipta, Allah SWT.
Kaedah penggunaan :
Semburkan 3-5 kali ke dalam
mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan
menurut hari yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang
terdapat 7 botol mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga
terdapat 7 botol yang digunakan pada sebelah malam.
Amalkan
penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum
usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa.
Belajar Melalui Jiwa / Imaginasi / Visual
Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu
otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan
kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia.
Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi
oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang
pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya
pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih
menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak.
Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional,
analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah
dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu
matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu
seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun,
terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan
kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia, astronomi dan falsafah.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan,
kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus
kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh
dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu
tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan
materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih
ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika
dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir
menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya
pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat
memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti
berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan
mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu
kemudian baru boleh dilaksanakan.
Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan
dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan
bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak berani melahirkan
idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan
dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional.
Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan
pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum
ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah
berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea
sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.
Boleh jadi pelajar, boleh cemerlang dalam
akademik tetapi mungkin mereka tidak akan menghargai apa yang
telah dipelajari. Sekiranya para pelajar dilatih lebih
menggunakan otak kanan, mereka akan menjadi lebih kreatif dalam
mengeluarkan idea. Idea-idea yang dilahirkan adalah lebih
bebas, abstrak dan tidak terkongkong oleh fikiran-fikiran lama /
konvensional.
Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri,
dalam gaya pemikiran otak kanan, logik dan rasional akan menyokong
imaginasi bukan imaginasi menyokong logik dan rasional. Di
dalam ilmu teknik berfikir, gaya pemikiran otak kanan ini dikenali
sebagai gaya pemikiran lateral. Jika gaya pemikiran ini
diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi
sudah pasti akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari
ini.
Adalah tidak mustahil untuk melahirkan
idea-idea yang tepat dengan menggunakan imaginasi tanpa melihat
dengan lebih teliti tentang sesuatu perkara asalkan seseorang
individu itu mempunyai asas yang cukup kukuh dalam sesuatu ilmu
itu. Sebagai contoh, pada abad ke–12, terdapat seorang
tokoh perubatan Islam yang amat terkenal di Mesir bernama Ibnu An-Nafis.
Ibnu An-Nafis adalah amat terkenal sebagai
orang yang pertama di dunia yang menemukan peredaran darah
dalam tubuh manusia. Beliau telah menggambarkan dengan tepat
bagaimana darah dalam tubuh beredar daripada jantung ke paru-paru
dan seterusnya kepada seluruh sistem-sistem tubuh yang lain.
Anehnya ialah beliau tidak pernah membedah satu pun mayat manusia
seumur hidupnya.
Jadi bagaimanakah beliau boleh menemukan idea
ini ? Sudah tentulah beliau menggunakan imaginasinya setelah
mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang perubatan.
Beliau juga banyak membuat kritikan, ulasan dan
pembetulan-pembetulan daripada ilmu-ilmu perubatan dari zaman
Yunani seperti Galen dan juga tokoh-tokoh Islam lain seperti Al-Razi
dan Ibnu Sina.
Kesimpulan, teknik pembelajaran secara
menghafal tidak pratikal kerana lumrahnya apa yang dihafal itu
akan luput daripada ingatan jika ia tidak diperlukan.
Sebaliknya pembelajaran dengan menggunakan semua sistem deria
iaitu mata, telinga, kulit, hidung dan lidah dapat merangsang daya
berfikir (secara semula jadi).
Dalam hubungan ini CVT menerusi formula E.Q -
E.Quotient iaitu larutan berasaskan air mengandungi hidrogen dan
nitrogen memberikan tenaga dan khasiat kepada otak seperti susu
ibu. E.Q - E.Quotient perlu disemburkan pada lidah akan
memberi rangsangan kepada otak dengan lebih teratur yang secara
tidak langsung menggalakkan individu itu menggunakan daya
imaginasi serta visual mereka untuk belajar. E.Q -
E.Quotient juga mengandungi magnesium, fosforus, potassium bagi
dijadikan tenaga untuk merangsang sistem deria.
Kebijaksanaan Pelbagai (Multiple Intelligence)


Merangsang Keseluruhan Sistem
Deria
EQ adalah formula yang paling selamat
digunakan untuk merangsang keupayaan otak. EQ dicipta berasaskan
mineral garam, glukosa dan air ionik iaitu air dengan molekul
halus dalam struktur segitiga dan bersifat alkali, mempunyai
lebihan elektron (ion negatif), kandungan oksigen terlarut serta
menguasai spectrum warna. Ia turut dipertenagakan dengan rakaman
gelombang bunyi resonans “Schumann” pada frekuensi
asas 7.83Hz yang sebenarnya bersamaan dengan frekuensi
planet-planet dan otak kita.
Perbezaan Nyata EQ dan IQ
Anak anda mungkin telah memiliki I.Q. yang
tinggi. Namun sedarkah anda bahawa I.Q yang tinggi sahaja tidak
mencukupi bagi kematangan yang ideal…
Mereka mungkin bijak dan cerdik dalam
pemikiran matematik dan logik namun kurang berupaya mengawal emosi
dan kematangan atau kejiwaan.
Kini dengan EQ anda boleh seimbangkan IQ anak
anda supaya kematangan dan kebijaksanaan emosi terbina di dalam
diri ke arah kehidupan yang lebih harmoni.
Formula EQ adalah yang pertama seumpamanya
berfungsi secara penghantaran isyarat-isyarat elektrik melalui
kulit dan saluran deria ke otak yang begitu pantas dan tepat.
Berbanding dengan formula otak yang diambil dalam bentuk pemakanan,
formula EQ meminimakan kesan-kesan yang rangsangan dan tindakbalas
hormon supaya tidak berlakunya implikasi buruk atau kesan
sampingan yang lain.
Daya ke arah penyembuhan melalui
keseimbangan EQ
Berbagai penelitian telah dilakukan tentang EQ.
Prof. Dr. Sir Norhisham menemukan kimia air ionik dengan
keistimewaan lebihan elektron iaitu ion-ion negatif didapati
mempunyai satu rangkaian molekul dengan atom karbon, hidrogen,
nitrogen dan oksigen yang mengerumuni satu atom magnesium. Ini
bermakna ia dapat menyamai satu struktur kimia hemoglobin dalam
darah. Oleh itu ia bukan sahaja dapat merangsang isyarat magnetik
ke otak kanan dalam mengawal emosi dan kebijaksanaan malah ia amat
baik untuk rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit yang
berasaskan kepada pencemaran darah.
- EQ adalah berpusat di kawasan stesyen geganti
‘hipotalamus’ sebagai penerima segala bentuk isyarat
luaran yang pertama melalui otak sebelum ke bahagian pituitari.
Semua maklumat akan dianalisa secara umum dan menyeluruh
sebelum diperincikan satu persatu.
- EQ dan hipotalamus adalah pusat kawalan segala bentuk emosi
atau nafsu di dalam tubuh. Ia akan mengawal tabiat, kelakuan
atau segala bentuk perlakuan agar tidak keterlaluan dan matang
di dalam menghadapi situasi.
- EQ berupaya membangkitkan emosi dan kesedaran yang dapat
merawat kegugupan, masaalah sawan, parkinson atau segala
bentuk penyakit otak, masaalah jangkitan atau segala bentuk
alahan terutama pernafasan dan sinus.
- EQ juga merawat tenaga magnetis otak supaya tidak menjadi
kaku atau pasif sebaliknya lebih cekap dan pantas menerima dan
memberi maklumbalas kepada tubuh.
- EQ merawat sistem deria yang sensitif yang terdedah kepada
aliran elektrik dan sinar radiasi yang mengubah daya kutub
magnet tubuh. Formula ini amat baik untuk meleraikan
pencemaran radiasi apabila terlalu lama terdedah kepada
komputer atau televisyen.
Cara pemikiran otak kanan (EQ)
EQ menjana pemikiran otak kanan yang
menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan
bersahaja ke arah penyelesaian masaalah. Ia juga membantu
meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis,
konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran
yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta
membina akhlak yang dan tingkah laku yang mulia.
Cara pemikiran
otak kiri (IQ)
Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri
sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan
langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masaalah lebih
tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan.
Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung
kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk akhlak,
moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya
wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari
helah.
"EQ adalah rahsia di
dalam kesabaran dan keheningan"
|